Kelas Asas Microsoft Word dan Pernilaian (Sesi 2)
31 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 30 Oktober 2020, Jumaat, Pusat Internet Peliau Bungai telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word dan Pernilaian Microsoft Word bagi Sesi 2. Kelas ini bermula pada pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Peliau Bungai. Kelas ini telah dihadiri seorang peserta perempuan yang merupakan pelajar Tahun 3 di SK Kampung Bungai. Sambungan daripada Kelas Asas Word Sesi 1, bagi Sesi ke-2 ini, peserta diajar cara memasukkan jadual, teks, bentuk, ‘smartArt’, carta dan gambar dalam komputer dan secara atas talian ke dalam Microsoft Word.
Kelas diteruskan dengan Pernilaian Microsoft Word bagi menguji tahap kefahaman peserta bagi kelas sebelum ini. Secara keseluruhannya, peserta dapat membuat pernilaian ini dengan begitu baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: